Thursday, May 20, 2010

haiku...

rimbunan hijau
sejuk mata memandang
tenang dan damai

merah mentari
memancar cahya pagi
sinarkan hari

laut yang biru
lembut dihembus bayu
damai hatiku

ikan menari
di tasik biru ini
riang sekali

malam yang gelap
peneman hati gundah
tiada madah

angin bertiup
membisik kata rindu
buat diriku

hatiku syahdu
dengar berita itu
berita pilu

lilin membakar
terang cahaya malam
semakim suram

adik ku sayang
belajar rajin rajin
sampai berjaya

buah hatiku
penahan arjunamu
buatku rindu

wahai TUHANKU
rahmatilah hidupku
ampuni aku

Tuesday, May 18, 2010

wahai hati..

wahai hati yang sedang merajuk..

carilah ketenangan walau belum dipujuk..

ini lah asam garam bercinta..

inlah juga penawar duka lara..



hati itu selalu begitu..

minta semua orang memahamimu..

namun pernahkah kau cuba memahami mereka?



hati itu memang bagitu..

menurut yang patut dan tidak patut..

mengikut yang lalai dan terkulai..

mengaruh yang jernih jadi keruh..



manakan tidak..

hati itu yang bawa air mata..

ntah suka atau duka..

ntah sedih atau ketawa..

hati itu lah ..

yang selalu ingin dicinta..

Berkongsilah...

ada ilmu, dikongsilah..
ada rezeki, dikongsilah..
ada gembira, dikongsilah..
ada duka, dikongsilah..
ada cinta, dikongsilah..
ada cahaya, dikongsilah..

namun ingat..
yang dikongsi mesti ikhlas..
yang dikongsi mesti halal..
yang dikongsi mesti kerana ALLAH..

kerana..
perkongsian ini antara makhluk ALLAH..
bukan setakat manusia malah segala yang lainnya..

kerana juga..
kau sebenarnya berkongsi segalanya dengan semuanya..
tanpa kau sedari..
sedikit kau syukuri..

Manusia Itu

manusia itu lupa,
minta ALLAH ingatkan,

manusia itu lalai,
minta ALLAH sedarkan,

manusia itu bodoh,
minta ALLAH kebijaksanaan,

manusia itu jahil,
minta ALLAH cahaya kehidupan,

manusia itu berdosa,
minta ALLAH keampunan...