Assalamualaikum..
Salam sejahtera...
hari ini 9 Syawal .. aku masih lagi mood raya.. Datang ofis pun makan kuih raya.. dan bermaaf-maafan dengan semua rakan2 sekerja.. seronoknya beraya!
Raya ini aku bersyukur masih lagi bersama kedua ibubapa ku yang amat aku sayangi... dan menambah kegembiraanku apabila suamiku yang tersayang ada disisi dan dua orang cahaya mata kami yang sangat comel (macam mama dia! ahaks!). Syukur pada Allah.. semoga syawal ini mengembalikan kita kepada fitrah yang suci...
Mak, abah.. ampunkan segala dosa anakmu ini.. halalkan setiap nasi yang kau suap ke mulut kami adik beradik.. halalkan setiap penat lelah mu membesarkan kami... maafkan kedegilan kami.. doakan kami menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. yang berjaya di dunia dan akhirat..
Suamiku,, ampunkan segala dosa ku, keterlanjuranku.. maafkan aras segala kekurangan ku menjaga keluarga kita ini... terima kasih kerana menyayangi kami semua...
Salam kemaafan ku pohon kepada semua yang mengenaliku... ampukan segala dosa, tersalah kata, terlanjur perbuatan.. terkutuk, ter ter ter dan banyak lagi kesalahan ku sebagai manusia yang lemah ini... semoga Syawal ini menjadi hari yang membahagiakan kita semua...
Selamat Hari Raya aidil Fitri!!!!
No comments:
Post a Comment